Monday 25 March 2013

Polisi Penyusuan Susu Ibu Di Malaysia

Bercakap tentang polisi..ia bukannya hanya ada pada insuran saja. Malah dalam menjayakan penyusuan susu ibu juga ada polisinya. 

Apa pentingnya polisi ini dalam penyusuan susu ibu? Apa yang jelas ianya sebagai satu guideline buat ibu untuk menyusukan si manja. Apa bila polisi ini dipatuhi sudah tentu ia menjadi mudah. Jangan sentiasa difikirkan menyusukan anak sesuatu yang berat dan menyusahkan ye ibu! 

Menyusukan anak adalah fitrah. Apabila Allah swt telah memberikan rezeki untuk ibu menyusukan anak ibu, maka susuilah dia. Bonding antara ibu dan anak sememangnya tidak dapat dijual beli di pasaraya. Saat si anak menyusu buat kali pertama, ia adalah 1 moment yang sukar digambarkan dengan kata-kata. 

Berbalik kepada tajuk..ini adalah Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia
   
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai 2 tahun. 

Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan

Ini bermakna dari lahir sehingga berumur 6 bulan, bayi : 
  • diberi susu ibu sahaja
  • tidak perlu air atau susu tambahan
  • tidak perlu makanan pelengkap

No comments:

Post a Comment